Ahad, 29 April 2012

Pelik #8 : Manusia dan bersih

Sejak akhir-akhir ni Malaysia kecoh pasal perhimpunan BERSIH. Semua orang memang suka pada kebersihan. Ada ke yang tak suka? Apa pun aku setuju 100% dengan blogger ni. Dia kata "Yup , aku SOKONG mana mana pihak yang inginkan kejujuran , amanah , BERSIH dalam negara ni terutama dalam pentadbiran kerajaan ..

Tapi apa yang akut tak sokong ialah mana mana pihak yang ingin huru harakan negara yang aku cinta ini !  Untuk mendapatkan keamanan dan kedamaian , ramai yang kehilangan nyawa dulu..

Cukuplah dengan peristiwa Bukit Kepong ."
Kita ada akal. Fikirkanlah

Jumaat, 27 April 2012

Pelik #7: Tau pun marah

Lelaki 1: Apa perasaan saudara kalau saya pecahkan cermin kereta saudara?


Lelaki 2: Mestilah saya marah. Apa saudara ingat cermin kereta saya ni murah?


Lelaki 1: Tau pun marah. Habis saudara parking kereta kat pintu pagar masjid, halang orang nak keluar masjid, saudara ingat orang tak marah?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Rabu, 4 April 2012

Pelik #6: Kita dan alasan

Bagi seorang blogger, kita boleh beri pelbagai alasan kenapa kita tak update blog kita tapi kita juga harus terima hakikat yang sebab utama tak update blog ialah sebab malas. Mungkin sebab malu atau ego untuk mengaku hakikat sebenar?